Valentine’s Day! Boleh sambut ke ni??

Sejarah Valentine Day

Valentine adalah nama seorang pendeta Nasrani yang hidup di abad ke-3 Masehi. Hari Valentine adalah semata-mata perayaan agama Nasrani atau penganut Kristian yang bertujuan untuk mengenang salah seorang tokoh mereka.

 

 

 

 

 

Ensiklopedia Katolik menyebut tiga riwayat berkaitan Valentine, tetapi yang paling terkenal adalah apa yang disebutkan sebahagian kitab mereka yang menyatakan bahawa pendeta Valentine hidup pada abad ke-3 Masehi pada masa pemerintahan Maharaja Rom Kalaudis II.

Pada 14 Februari 270 M, maharaja ini menjatuhkan hukuman mati ke atas pendeta tersebut kerana menentang pemerintahannya. Kesalahan pendeta tersebut kerana telah mengajak masyarakat kepada agama Nasrani.

Riwayat lain menyatakan, maharaja memandang bahawa askar bujang lebih sabar dalam peperangan berbanding mereka yang sudah berkeluarga. Para suami selalu berusaha menolak untuk pergi berperang. Oleh kerana itu, maharaja mengeluarkan perintah yang melarang perkawinan, akan tetapi pendeta Valentine menentang perintah itu dan tetap melakukan perkahwinan di gerejanya secara sembunyi, hingga diketahui pemerintah lalu memerintahkan penangkapan terhadap pendeta itu dan memenjarakanya.

Dalam penjara pendeta berkenalan dengan seorang gadis, puteri salah seorang penjaga penjara. Gadis itu mengidap satu penyakit, lalu bapanya meminta kepada pendeta agar menyembuhkanya. Setelah diubati, tak lama kemudian gadis itu sembuh –sebagaimana yang diceritakan dalam riwayat itu- dan pendeta itu jatuh cinta kepadanya. Sebelum dihukum, pendeta telah mengirim kepada si gadis itu satu surat yang tertulis: “Dari yang tulus Valentine.“ Sebelum kejadian itu juga gadis tersebut telah masuk agama Nasrani bersama 46 orang kerabatnya.

Riwayat ketiga menyebut bahawa suatu ketika agama Nasrani tersebar di Eropah, terdapat satu bentuk ritual keagamaan di salah satu kampung yang menarik perhatian para pendeta, di mana para pemuda desa berkumpul di pertengahan bulan Februari dalam setiap tahun. Mereka mencatat seluruh nama gadis desa lalu memasukannya ke dalam sebuah kotak. Setiap pemuda diberi kesempatan untuk mencabut satu nama, dan nama gadis yang keluar itulah yang akan menjadi kekasihnya sepanjang tahun itu. Mereka padaketika itu terus mengirim kepada si gadis sepucuk surat tertulis di atasnya: “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu aku kirim kepadamu surat ini“. Hubungan cinta ini berlanjutan sehingga melewati satu tahun.

Para pendeta memandang bahwa ritual tersebut dapat mengukuhkan akidah orang-orang Rom, dan mereka menyedari bahawa ritual ini sukar untuk dihapuskan, oleh itu mereka menetapkan untuk megubah kalimat yang diucapkan para pemuda itu dari “Dengan menyebut nama Tuhan Ibu“ menjadi: “Dengan menyebut pendeta Valentine,“ sebab ia adalah simbol Nasrani, dan dengan cara itu mereka dapat mengaitkan para pemuda ini dengan agama Nasrani.

Ada yang menyebut sejarah sambutan Hari Kekasih, termasuk yang dikaitkan dengan pesta sambutan Rom kuno sebelum kedatangan agama Kristian yang dinamakan Lupercalia, kisah mubaligh Kristian Saint Valentine dan juga sempena musim mengawan burung pada 14 Februari.

Itulah beberapa gambaran kisah disebalik Hari Kekasih @ Valentine Day dan semua berkaitan agama Nasrani @ Kristian.

 

Hukum Sambutan Valentine Day

Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia pada 2005 telah memutuskan bahawa sambutan Hari Kekasih adalah haram bagi seluruh umat Islam.

Sebagaimana yang telah termaktub di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah dan disepakati oleh generasi awal umat Islam hari kebesaran bagi umat Islam yang mana disyariatkan bagi kita menyambutnya hanyalah Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Ini sebagaimana yang firman Allah S.W.T.:

Bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah ahli-ahli syariat yang lain membantahmu dalam urusan syariatmu; dan serulah (wahai Muhammad) umat manusia kepada agama Tuhanmu, kerana sesungguhnya engkau adalah berada di atas jalan yang lurus. (Al-Hajj : 67)

Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

“Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-duanya bagi kamu semua dengan dua hari yang lebih baik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” (Hadis riwayat al-Nasaai, no: 959.)

Oleh itu hendaklah umat Islam hanya membataskan diri dengan menyambut hari-hari perayaan yang diiktiraf oleh Allah dan Rasul-Nya khusus untuk umat Islam. Setelah berakhir zaman salafussoleh iaitu 3 kurun terbaik bagi umat Islam, pelbagai hari perayaan telah ditambah ke dalam kalendar umat Islam seperti Mawlid al-Rasul, Israk Mikraj, Maal Hijrah, Nuzul al-Qur’an dan lain-lain lagi.

Terdapat larangan daripada baginda s.a.w. untuk meniru budaya orang bukan Islam dan bagi mereka yang meniru budaya seperti ini ditakuti mereka akan tergolong bersama dalam golongan tersebut. Sabdanya: Barangsiapa menyerupai satu kaum, maka dia termasuk golongan mereka. (Hadis riwayat Imam Abu Dawud, 3512.)

Tambahan pula sambutan Hari Valentine ini turut diikuti dengan perbuatan-perbuatan yang bertentangan dengan syarak seperti pergaulan bebas diantara lelaki dan perempuan, membuang masa dengan berpeleseran ke tempat-tempat yang tak tentu hala malah mencurigakan dan membazir wang dengan memberi hadiah yang mahal-mahal.

Tentang hukum menyambut Hari Valentine, Syaikh al-‘Utsaimin berkata: “Maka bila dalam merayakan Hari Valentine tersebut bermaksud untuk mengenangkan kembali St. Valentine, maka tidak diragukan bahawa orang itu telah kafir. Dan jika tidak bermaksud begitu namun sekadar ikut-ikutan kepada orang lain, maka orang itu telah melaksanakan dosa besar.”

Tidak dapat dinafikan pergaulan bebas ketika sambutan Hari Valentine ini membuka pintu perzinaan sedangkan Allah s.w.t. memerintahkan kita untuk menutup segala ruang yang boleh menyebabkan terjadinya perzinaan. Firman-Nya:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” (Al-Israa’ : 32)

Erti Pengorbanan Kita….

Perlukah Kita Berkorban?

“Kita kena berkorban demi memperjuangkan agama Allah SWT. Jika kita benar-benar menyakini agama Allah SWT adalah agama yang hak, maka berkorbanlah. Sesungguhnya sahabat-sahabat sekalian itulah erti pengorbanan yang sebenarnya. Pergorbanan yang akan mendapatkan ganjaran syurga jika seseorang itu menjadikan Allah SWT sebagai matlamatnya.Yakinilah dan korbankanlah apa saja demi agama Allah SWT.”

Petikan di atas merupakan perkongsian daripada sahabat saya beberapa hari lepas. Peringatannya masih segar dalam ingatan saya sehingga sekarang. Kesungguhan dan keikhlasan sahabat saya menyampaikan tazkirahnya sehinggakan ada sahabat yang menitiskan air mata. Tersentuh dan amat tersentuh.

‘Saya berasa malu. Terpukul dengan kata-kata tersebut. Tatkalah erti pergorbanan saya salah ertikan selama ini. Ya Allah. Ampunilah hambamu ini.’ Hatiku menjerit. Jiwa saya bergetar dan tubuh terasa dingin. Saya menggigil. Takut!

Pergorbanan selama ini semata-mata untuk mendapat dunia. Manakala, pergorbanan untuk mendapatkan kehidupan akhirat yang hakiki jauh sekali untuk difikirkan. Begitulah jiwa pendosa. Hidup hanya inginkan keseronokan dunia dan sanggup berkorban apa saja untuknya.

Hentikanlah pengorbanan yang penuh kepalsuan ini! Tidakkah kita menyedari, Pengorbanan ini akan merugikan kita kelak dan membawa kita ke neraka Allah SWT.

Nauzubillah!!

Erti Pengorbanan

Pengorbanan sama juga halnya kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita impikan. Berkorban demi cinta. Berkorban demi kebahagian keluarga. Berkorban demi mempertahankan sebuah persahabatan. Berkorban masa dan harta serta macam-macam lagi.

Lazimnya inilah bentuk pengorbanan yang kita lakukan. Ada ketikanya dalam kembara memburu apa yang kita impikan, kita pula yang terkorban. Semua ini adalah realiti kehidupan. Ada yang berkorban dan yang terkorban.

 

Terkorban Demi Cinta

Cinta boleh membuatkan seseorang menjadi tidak waras, gila, tidak rasional,, emosional dan berfikiran tidak realistik. Cinta ini juga menyebabkan diri menjadi hamba kepada cinta iaitu sama ada cinta kepada wanita, sahabat, keluarga dan kemewahan dunia.

Sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).”
(Surah Ali-Imran ayat 14)

Pengorbanan cinta jenis ini berlaku jika asas binaan cinta tersebut adalah hawa nafsu semata-mata. Pergaulan berlainan jantina tanpa batas, bersentuhan, berdua-duaan, terasa ingin memiliki, terlalu terpesona dengan warna-warni dunia, mula bermewah-mewah, gilakan pangkat dan harta dan bermacam-macam lagi agenda yang melanggar syariat.

Mengatakan diri menikmati cinta namun, cinta yang dibina membawa pemiliknya ke murka Allah SWT.

Inikah cinta!

Cinta yang menyebabkan pengorbanan disalah ertikan.Sehinggahkan diri terkorban demi cinta kerana mendapat murka dan siksa daripada Allah SWT. Akhirnya, pemilik cinta ini dicampakkan di neraka Allah SWT.

Pergorbanan Ke Syurga

Adapun cinta yang membawa pemiliknya ke syurga. Cinta ini dibina atas dasar iman dan takwa kepada Allah SWT. Cintanya suci dan tulus. Jauh sekali daripada perkara-perkara yang dimurkai Allah SWT. Pergaulan dijaga dan padangan mata hati sentiasa terkawal, berukhuwah (bersaudara) kerana Allah SWT, dan menikmati ganjaran dunia dengan penuh kesyukuran dan kesederhanaan.

Pemilik cinta ini sangat disibukkan dengan proses tarbiyah diri, keluarga dan masyarakat. Serius mendalami, memahami, dan mengamalkan islam. Aktif dan istiqomah beramar makruf nahi mungkar. Masing-masing ingin menghadiahkan yang terbaik buat pasangan, sahabat, keluarga dan masyarakat seluruhnya.

Mereka berharap agar menjadi ‘role model’ kepada zuriat yang dilahirkan, kepada adik dan abang, ibubapa, jiran tetangga, sahabat, guru, dan masyarakat. Ini kerana, proses tersebut adalah permulaan asas pembentukan bangunan umat islam yang cemerlang lagi gemilang.

Begitulah hasilnya jika cinta bersandarkan hanya kepada Allah SWT. Pemilik cinta sekalian makhluknya. Pemilik cinta akan lebih tenang dan bahagia kerana cintanya lebih banyak mengingati Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“(yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.”
(Surah Ar-Ra’d ayat 28)

Maka, wajarlah jika Allah SWT menghadiahkan syurga kepada pemilik cinta ini.

Tidakkah anda mengimpikan cinta sebegini? Cinta yang membawa anda ke syurga. Menjadikan diri anda yang bercinta terasa tenang dan bahagian hidup di dunia dan di akhirat.

 

Berkorban Demi Agama Allah SWT

Inilah pengorbanan yang penuh makna jika kita menyertainya. Segalanya akan terkorban.
Pengorbanan masa, harta, keluarga, sahabat, dunia, dan bahkan nyawa kita akan terkorban. Hidup hanya untuk mencari redha Allah SWT. Segalanya Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud;

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.” 
(Surah Al-Ankabut ayat 69)

Tidak pernah letih menyampaikan syariatnya. Tidak pernah lelah mendalami, memahami serta mengamalkan syariatnya. Mengimpikan diri menjadi genarasi rabbani dengan mengajak lebih ramai manusia menjadi generasi rabbani sepertinya.

FirmanNya;

 ” Akan tetapi (dia berkata): “Hendaklah kamu menjadi orang-orang rabbani, karena kamu selalu mengajarkan Al Kitab dan disebabkan kamu tetap mempelajarinya.” 
(Surah Al-Imran ayat 79)

Walaupun, kita yakin ada onar dan duri menghalangi perjalanan kita menyampaikan risalah islam. Namun, itu adalah penguat bagi diri kita untuk terus kuat, berani dan ikhlas berada di jalan-Nya. Ujian itu juga sebagai cara untuk menguji keaslian keimanan kita kepada Allah SWT.

FirmanNya lagi;

“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” 
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

Kita sanggup berkorban dan mengharapkan kita terkorban dijalan-Nya. Itulah syahid. Hanya ganjaran syurga bagi mereka yang mati syahid. Tiada tempat tinggal lainnya.

Inilah yang dikatakan oleh Allah SWT sebagai peniagaan yang tidak pernah memberi kerugian kepada pemiliknya. Bahkan menjadi jutawan di akhirat kelak. Ganjaran pahala melimpah ruah dengan izin-Nya.

Betulkah Erti Pengorbanan Kita?

Pengorbanan yang sebenar ialah pengorbanan yang mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Dalam pengorbanan itu, kita merasai ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Pengorbanan juga menyebabkan kita bersedia terkorban di jalan-Nya. Tiada penyesalan berlaku. Harta, anak, isteri, sahabat, dan perniagaan yang diusahakan hanya dianggapkan sebagai pinjaman dari-Nya.
Maka, wajar sekiranya kita meninggalkan atas kehendak-Nya.

Kejayaan mencapai cita dengan pengorbanan yang sejati akan lebih manis dan tinggi nilainya jika disandarkan hanya kepada Allah SWT. Keperitan, kesusahan, penderitaan, dan tangisan yang dirasai akan mendapatkan ganjaran syurga. Puncak segala kebahagian dan kenikmatan.

Itulah impian semua manusia. Termaksud diri kita sahabatku! Justeru, benarkah erti pengorbanan kita?

– Artikel iluvislam.com

 

Wahai Amanah….

 

Allah SWT berfirman : “Sesungguhnya sebaik-baik orang yang kamu ambil bekerja ialah orang yang kuat, lagi amanah” (al-Qashas, ayat: 26)

   Seorang muslim yang sejati itu pastilah sangat mementingkan amanah. Amanah itu menjadi agenda utama dalam hidupnya. Ini kerana amanah itu merupakan ciri-ciri utama orang yang beriman dan ia adalah lawan kepada sifat khianat. Sementara khianat itu merupakan sifat orang munafik.

Sabda Rasulullah SAW :

“Empat perkara, barangsiapa yang memiliki kesemuanya maka dia adalah munafiq yang sebenar dan barangsiapa yang memiliki salah satu daripadanya maka dia telah memiliki salah satu daripada sifat munafiq dan dia kekal memiliki ciri-ciri munafiq sehingglah dia meninggalkannya: apabila diberi amanah di khianat, apabila berkata dia menipu, apabila berjanji dia mungkiri dan apabila bermusuhan dia berlaku jahat”.

(Shohih Muslim – Hadis ke 88)

Ia juga merupakan perintah tuhan yang tidak boleh dipandang ringan. Firman Allah SWT :

 “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat.” (an-Nisaa` ayat: 58)

 

   Sebelum Rasulullah SAW diutus menjadi Rasul, baginda SAW terkenal dengan gelaran al-amin yang bermaksud orang yang amanah. Inilah sifat terpuji Baginda SAW yang menyebabkan pemuka-pemuka Quraisy mati hujah untuk mempertikaikan kenabian Baginda SAW walaupun mereka terkenal dengan kefasihan berhujah dan bijak menggunakan kata-kata. Di dalam al-Quran pula, amanah itu disebut sebagai sesuatu yang berat untuk ditanggung sehingga makhluk-makhluk gergasi ciptaan Allah seperti langit, bumi dan gunung-ganang enggan untuk menerimanya apabila ditawarkan kepada mereka. Allah SWT berfirman :

” Sesungguhnya Kami telah kemukakan tanggungjawab amanah (Kami) kepada langit dan bumi serta gunung-ganang (untuk memikulnya), maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat menyempurnakannya (kerana tidak ada pada mereka persediaan untuk memikulnya); dan (pada ketika itu) manusia (dengan persediaan yang ada padanya) sanggup memikulnya. (ingatlah) Sesungguhnya tabiat kebanyakan manusia adalah suka melakukan kezaliman dan suka pula membuat perkara-perkara yang tidak patut dikerjakan. (al-Ahzab, ayat: 72)

 

   Antara tafsiran yang agak menyeluruh bagi maksud amanah dalam ayat di atas ialah “urusan agama” sama ada ia berkait dengan dunia mahupun akhirat. Ini bermakna Islam itu sendiri adalah amanah yang mesti dipikul oleh setiap penganutnya. Dalam beberapa hadis, amanah itu ditafsirkan sebagai jawatan.

” Telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Syu’aib bin Laits telah menceritakan kepadaku bapakku Syu’aib bin Laits telah menceritakan kepadaku Laits bin Sa’ad telah menceritakan kepadaku Yazid bin Abu Habib dari Bakr bin ‘Amru dari Al Harits bin Yazid Al Hadhrami dari Ibnu Hujairah Al Akbar dari Abu Dzar dia berkata, saya berkata, “Wahai Rasulullah, tidakkah anda menjadikanku sebagai pegawai (pejabat)?” Abu Dzar berkata, “Kemudian beliau menepuk bahuku dengan tangan beliau seraya bersabda: “Wahai Abu Dzar, kamu ini lemah (untuk memegang jabatan) padahal jabatan merupakan amanah. Pada hari kiamat ia adalah kehinaan dan penyesalan, kecuali bagi siapa yang mengambilnya dengan haq dan melaksanakan tugas dengan benar.” (Shohih Muslim – Hadis ke 3404).

 ” Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Sinan telah menceritakan kepada kami Fulaih bin Sulaiman telah menceritakan kepada kami Hilal bin Ali dari ‘Atho’ bin yasar dari Abu Hurairah radhilayyahu’anhu mengatakan; Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika amanat telah disia-siakan, tunggu saja kehancuran terjadi.” Ada seorang sahabat bertanya; ‘bagaimana maksud amanat disia-siakan? ‘ Nabi menjawab; “Jika urusan diserahkan bukan kepada ahlinya, maka tunggulah kehancuran itu.” (Shohih Bukhari – Hadis 6015)

Kenapakah agaknya jawatan itu disebut sebagai amanah? Ia seolah-olah menunjukkan bahawa hanya orang yang amanah sahaja yang layak memegang jawatan. Inilah perkara yang disebut oleh Nabi Yusuf AS ketika menawarkan dirinya untuk satu jawatan yang sinonim dengan menteri kewangan pada hari ini. Firman Allah SWT :

قال اجعلني على خزائن الأرض إني حفيظ عليم

 

” Yusuf berkata: “Jadikanlah daku pengurus perbendaharaan hasil bumi (Mesir); Sesungguhnya aku sedia menjaganya dengan sebaik-baiknya, lagi mengetahui cara mentadbirkannya”. (Yusuf, ayat: 55)

Orang yang hilang sifat amanahnya, maka secara moralnya dia sudah hilang kelayakan untuk menyandang sebarang jawatan. Bagaimana pula jika jawatan itu adalah jawatan yang sangat penting, berat tanggungannya dan berkaitan dengan maslahat rakyat.

 “ Telah menceritakan kepada kami Syaiban bin Farrukh telah menceritakan kepada kami Abu al-Asyhab dari al-Hasan dia berkata, “Ubaidullah bin Ziyad mengunjungi Ma’qil bin Yasar al-Muzani yang sedang sakit dan menyebabkan kematiannya. Ma’qil lalu berkata, ‘Sungguh, aku ingin menceritakan kepadamu sebuah hadits yang aku pernah mendengarnya dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, sekiranya aku mengetahui bahwa aku (masih) memiliki kehidupan, niscaya aku tidak akan menceritakannya. Sesunguhnya aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: ‘Barangsiapa diberi beban oleh Allah untuk memimpin rakyatnya lalu mati dalam keadaan menipu rakyat, niscaya Allah mengharamkan Surga atasnya’.” (Shohih Muslim – Hadis ke 203).

 

   Ini perihal orang yang diamanahkan oleh Allah SWT, lalu dia mengabaikannya. Bagaimanakah pula keadaannya orang yang sedari awal tidak berkelayakan langsung lalu dia meminta jawatan dalam keadaan dia tidak disukai?
” Telah menceritakan kepada kami Hannad telah menceritakan kepada kami Abu Mu’awiyah dari Al A’masy dari Zaid bin Wahab dari Hudzaifah bin Al Yaman telah menceritakan kepada kami Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam dua hadits; salah satunya sudah aku ketahui dan yang lainnya tengah aku nanti-nanti, beliau menceritakan kepada kami bahwa amanat turun di hati orang-orang kemudian Al-Qur`an turun dan mereka mengetahui dari sunnah lalu beliau menceritakan kami tentang tercabutnya amanah, beliau bersabda: “Seseorang tidur lalu amanah dicabut dari hatinya kemudian membekas seperti jejak kaki lalu ia tidur lagi kemudian amanat dicabut dari hatinya hingga bekasnya tetap ada seperti jejak tangan seperti bara api yang kau gelindingkan di atas kakimu lalu kau melihatnya membengkak padahal tidak ada apa pun didalamnya.” Setelah itu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam mengambil batu kerikil dan menggelindingkannya di atas kaki, orang-orang pun berbaiat kepada beliau hingga hampir salah seorang di antara mereka tidaklah menunaikan amanat hingga dikatakan: Di Bani Fulan ada seseorang terpercaya, hingga dikatakan pada seseorang: Alangkah kuatnya dia, alangkah cerdasnya ia, alangkah berakalnya ia padahal dihatinya tidak ada sedikit pun keimanan. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda: “Suatu masa telah mendatangiku dan aku tidak perduli siapa diantara kalian yang aku baiat di masa itu, bila ia muslim pastilah agamanya akan mengembalikannya padaku dan bila Yahudi atau Nasrani, para penarik pajaknya akan mengembalikannya padaku, sementara saat ini, aku hanya membaiat fulan dan fulan dari kalian.” Berkata Abu Isa: Hadits hasan shahih. (Jami’ At-Tirmizi – Hadis ke 2105)

Semoga kita mendapat pengajaran daripada peringatan di atas dan tergolong dari kalangan orang-orang yang mendengar dan membaca nasihat, lalu mereka mengikut mana-mana yang terbaik dan memberi manfaat kepada diri mereka. Amin.

Menjana Pemikiran Muda

Sejak zaman-berzaman, kegemilangan sesebuah tamadun adalah bergantung kepada kekuatan pemuda yang hidup pada zaman mereka. Pemuda digambarkan sebagai satu golongan yang bersemangat untuk merealisasikan apa yang terbuku dalam hati mereka dan merekalah golongan yang beridealisme tinggi.

Adalah silap apabila wujud suara yang menghadang idealisme kerana kadang-kala idealisme harus dikembangkan untuk mewujudkan satu impian dan plan bertindak yang realistik dan sistemik.

Perjuangan Rasulullah SAW yang tampak idealis didokong oleh golongan pemuda di saat golongan tua menolak baginda SAW. Pemuda berada di celah-celah kegilaan dan apabila mereka inginkan sesuatu, mereka akan lakukan dengan semangat ‘kegilaan’ yang ada pada diri mereka. Saya suka istilahkan kegilaan itu sebagai semangat ‘ekstasi’.

Ekstasi ialah satu saat kemuncak dalam hidup seseorang yang mana ketika itu ia akan berasa satu kekuatan yang entah dari mana muncul dalam diri mereka dan mendorong mereka untuk bertindak di luar kemampuan mereka. Ini digambarkan oleh Zaid bin Harithah yang hanya mengambil masa selama tujuh hari untuk mempelajari dan menguasai bahasa Yahudi. Imam Al-Syafie sendiri mempamerkan ekstasi beliau apabila mula menjadi guru kecil sewaktu berumur 10 tahun dan dilantik sebagai mufti muda ketika usianya mencecah 15 tahun.

Ekstasi melahirkan satu perubahan, atau kita menyebutnya sebagai reformasi. Perubahan merupakan satu perkara yang tidak tetap, dan setiap zaman memerlukan perubahan.

Hal ini digambarkan oleh seorang ulama yang memelihara anjing dan beliau telah dikritik oleh para pendokong mazhab anutan beliau. Beliau lantas menjawab: “Sekiranya guru kita berada dalam lingkungan kita pada masa sekarang, nescaya bukan sekadar anjing, bahkan singa pun boleh kita pelihara”.

Setiap manusia, bahkan negara dan bangsa memerlukan kepada perubahan. Bangsa yang tidak berani berubah adalah bangsa yang lemah dan dayus dalam berijtihad. Negara yang tidak berubah adalah negara yang kekal mundur dan tidak akan maju selamanya.

Pemikiran lama akan ditenggelamkan oleh pemikiran baru.

 

Albert Einstein berkata:

“Masalah zaman kita tidak mampu untuk diselesaikan oleh pemikiran pada zaman kita”. Perubahan menuntut kecekalan dan keberanian, bukannya jiwa-jiwa yang dayus dan lemah. Orang yang penakut akan kekal berada di tampuk yang lama kerana mereka sudah hidup dalam zon acuh tidak acuh, namun orang yang berani akan melakukan perubahan dari masa ke masa tanpa mengira cercaan dan gugatan terhadap mereka.

Hanya pemuda dan kepemudaan mampu mendokong perubahan. Tatkala para malaikat tidak sabar untuk menghumbankan bukit-bukau ke atas penguni Thaif yang mencerca Rasulullah SAW, baginda lantas menghalang niat para malaikat. Pandangan baginda ternyata jauh dan analitikal: “Boleh jadi lahir daripada sulbi mereka, zuriat yang akan mengimani risalahku ini”.

Ya, generasi baru harus dibentuk mulai sekarang. Generasi yang tidak hanya melihat dengan pandangan singkat dan dekat, tetapi generasi berpandangan jauh dan meluas, seolah-seolah sayap matahari yang tidak hanya melimpah di satu tempat tetapi menerangi seluruh alam.

Kita boleh perhatikan riak-riak perubahan yang sedang berlaku di Turkey. Sepanjang mereka berpayungkan sistem sekularisme, ekonomi mereka tidak berkembang dan mereka hidup dalam suasana yang kucar-kacir. Nama mereka tidak disebut-sebut sebagai sebuah negara yang maju setelah kejatuhan Turki Uthmaniah. Tetapi setelah wujudnya generasi baru yang membawa pemikiran dan budaya hidup yang menongkah arus, maka kita dapati gelombang perubahan berlaku dengan pesat.

 

Malah, Turkey merupakan negara ke-6 termaju dalam Eropah dan negara ke-16 di dunia yang mempunyai kuasa ekonomi terbesar. Apa yang menarik juga Turkey merupakan negara dunia ke-13 yang paling menarik dan berdaya saing.

Umat Islam harus memiliki jiwa kepemudaan yang tinggi. Jiwa kepemudaan tidak hanya dimiliki oleh pemuda, malah semua orang berhak untuk memiliki jiwa dan semangat kepemudaan ini. Jiwa yang sentiasa meronta-ronta untuk membuahkan pembaharuan dari semasa ke semasa supaya ummah tidak ketinggalan dan hanya mengikut dari belakang.

Jiwa kepemudaan juga perlu supaya kita tidak hanya memasang angan-angan seperti Mat Jenin, atau hanya berperilaku seperti Luncai dengan labu-labunya. Cukuplah, kita sudah tidak tahan dan sanggup didendangkan dengan cerita-cerita yang melembapkan pemikiran kita seperti Pak Pandir, Lebai Malang, Awang Kecil, Sang Luncai sebagaimana negara Arab yang mempopularkan kisah Juha, Abu Nawas dan 1001 Malam, sedangkan Barat sudah meluaskan empayar penguasaan mereka hingga ke angkasa lepas.

Orang kita melihat udara lalu terciptalah layang-layang sedangkan Barat mencipta kapal terbang. Orang kita melihat sungai untuk berenang, sedangkan Barat mencipta kapal. Malah saya ingin menambah lagi, orang kita melihat bulan untuk menentukan waktu Ramadhan dan Syawal, sedangkan Barat melihat bulan lalu dijelajahnya. Tepuk dada, tanyalah DIRI.

Kesan Tamadun Islam Terhadap Dunia Matematik

Pada awal kurun ke-7, satu tamadun baru muncul di tanah Arab. Dibawah pimpinan Muhammad s.a.w, dakwah yang bawa Rasulullah tersebar pesat dan luas menambat hati dan iman penduduk Semenanjung Arab.

Kurang satu abad selepas kota Mekah dibuka semula pada tahun 630, kerajaan Islam telah berjaya menyebar luaskan agama Islam sehingga ke India dan hingga ke tengah benua Asia bagi bahagian timur.

Di bahagian barat, penyebaran agama Islam lebih cepat berlaku terutamanya dibahagian utara benua Afrika. Pada Tahun 711, Islam berjaya sampai ke Sepanyol.

Hasil daripada penyebaran agama Islam hingga hampir dua per tiga dunia memberi perkembangan dan kemajuan kepada kerajaan Islam. Budaya Islam menjadi cara hidup manusia pada ketika itu.

Inilah titik permulaan kepada perkembangan ilmu pengetahuan. Agama Islam telah membawa satu budaya yakni budaya cintakan ilmu yang sangat besar peranannya kepada dunia ilmu pengetahuan.

Itulah cantiknya Islam, tidak pernah menolak bulat-bulat ilmu pengetahuan di dalam kehidupan.

Sejarah Matematik Islam

Ahli sejarah dan Ahli Matematik barat lebih suka merujuk perkembangan sejarah Matematik ditanah Arab sebagai Matematik Islam kerana ia adalah kesinambungan daripada ajaran Islam yang bawa Rasulullah yang mementingkan soal ilmu pengetahuan.

Perkembangan Ilmu pengetahuan banyak berlaku di zaman pemerintahan Abbasiyyah yang dalam masa yang sama Eropah masih di Zaman Gelap.

Oleh itu ilmu lebih banyak terbudaya dikalangan orang Islam manakala orang Eropah disekat hak untuk berfikir. Jadi, Matematik Islam lebih sesuai dengan daripada Matematik Arab.

Pada tahun 766, Khalifah Al-Mansur membuka kota Baghdad yang selepas itu menjadi tempat perkembangan Ilmu termasyhur didunia. Cendiakawan dan cerdik pandai dialu-alukan kedatangan mereka ke Kota Baghdad.

Khalifah Harun al-Rashid yang memerintah dari tahun 786 hingga 809 telah menubuhkan perpustakaan di Baghdad.

Manuskrip-manuskrip dikumpulkan dari pelbagai bidang dan akademi-akademi di timur barat terutamanya dari tamadun Yunani termasuk manuskrip Matematik Yunani Klasik dan teks-teks saintifik. Kemudian ia diterjemahkan ke bahasa Arab.

Penganti Harun al-Rashid, Khalifah Al-Ma’mun meneruskan usaha ini pada skala yang lebih besar dan sehingga tertubuhnya Baitul Hikmah yang bertahan selama 200 tahun.

Ilmuan-ilmuan dari seluruh bahagian dalam pemerintahan dijemput untuk menterjemahkan bahasa Greek dan India dan juga menjalankan penyelidikan.

Pada akhir kurun ke-9, pelbagai kertas-kertas kerja cendiakawan seperti Euclid, Archimedes, Apollionius, Diophantus, Plotemy dan ramai lagi ahli matematik Yunani diterjemahkan kebahasa arab untuk kegunaan ilmuan-ilmuan disana.

Ilmuan-ilmuan islam bukan hanya mengumpul kajian-kajian lama, bahkan mereka telah mengembangkan ilmu-ilmu kepada satu perspektit baru yang lebih releven.

Ini kerana ahli matematik sebelum mereka mengunakan matematik untuk perkara-perkara yang tidak penting kepada manusia seperti menghitung cinta dan sebagainya.

Di dalam Matematik Islam, ia lebih banyak digunakan untuk perkara-perkara yang praktikal dan berguna untuk manusia, dan juga disebut sebagai Sunnatullah.

Para Ilmuan Islam mengkaji dan berakhir dengan bertemu dengan Kebesaran Allah. Inilah beza antara saintis Islam dan saintis. Tujuan mereka adalah Allah.

Ilmuan Islam sentiasa memulakan kerja dengan lafaz “Basmalah”.

“The mathematicians responded by always invoking the name of God at the beginning and end of their works and even occasionally referring to Divine assistance throughout the texts” -(Victor J. Katz)

Terpegun membaca ayat ini. Subhanallah, begitulah akhlak ilmuan Islam dahulu yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap perkerjaan yang mereka lakukan. Sentiasa memulakan dan mengakhiri dengan nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang, serta segala apa yang mereka berjaya hasilkan, mereka dikembalikan pujian hanya kepada Allah.

Tidak seperti ahli matematik Yunani, Ilmuan Islam tidak hanya berdasarkan teori, bahkan juga secara praktikal untuk memudahkan kehidupan seharian manusia, atau hari ini dikenali sebagai Applied Math atau matematik gunaan.

Hari ini, satu sejarah lengkap tentang Matematik Islam masih belum ditulis, kerana masih banyak tinggalan manuskrip Ilmuan Islam yang masih belum dikaji di perpustakaan seluruh dunia.

Oleh kerana kepentingan politik yang memeningkan, akses kepada hasil kajian mereka yang penting disekat dan dilarang.

Namun, fakta asas tentang dunia Matematik Islam masih diketahui. Antara sebab penyekatan ini adalah untuk mengelak umat Islam sedar yang tamadun Islam sangat banyak menyumbang kepada percambahan ilmu pengetahuan pada masa ini.

Ia juga antara rancangan musuh Islam untuk melenyapkan kehebatan Islam dari pengetahuan umat Islam di Zaman ini.

Ahli matematik Islam banyak menyumbang untuk secara khususnya dalam penggunaan titik perpuluhan, dan juga mengembangkan topik Algebra secara tersusun dan juga dalam topik Geometri.

Beberapa penambahbaikan dalam topik Trigonometri. Apabila Eropah keluar dari Zaman Gelap, mereka tidak memerlukan masa yang banyak untuk mengejar apa yang mereka terkebelakang kerana semuanya hampir lengkap. Hanya perlukan penjenamaan semula dan kembangkan ilmu itu.

(Olahan semula dari buku A History Of Mathematics: An Introduction; Victor J. Katz: Chapter The Mathematics of Islam)

Sejarah ditulis oleh pemenang

Hari ini, banyak formula-formula dan tajuk-tajuk matematik terabadi nama ilmuan barat didalamnya. Walaupun hakikatnya mereka hanya menjenamakan semula apa yang telah ada dalam dunia matematik Islam. Nama-nama ilmuan Islam tidak terabadi dalam sebarang teori-teori dan formula-formula matematik.

Hanya nama-nama seperti Euclid, Newton, Einstein, Diophantus, Sarrus, Fibonacci dan sebagainya lebih banyak diabadikan.

Mungkin nama-nama ilmuan Islam tidak diabadikan bertujuan untuk menjauhkan Islam daripada disebut dalam lecture dan supaya Islam dilihat tidak significant dengan Ilmu. Sekadar pandangan.

Ayuh budayakan semula budaya cintakan Ilmu supaya kita turut maju kehadapan dan kita hapuskan salah tanggapan dunia kepada Islam. Kembalilah kepada Islam.

Hujung Akal, pangkal Agama. Ilmu ditimba diakhirnya bertemu dengan Kebesaran Allah, Tuhan Yang Mengetahui.

Dunia Umpama Ladang Tanaman Untuk Dituai di Hari Pembalasan

Betapa enaknya menikmati sepinggan nasi yang berlaukkan pelbagai pilihan mengikut citarasa dan kesukaan masing-masing…

Sebutir nasi umpama setitik peluh petani? Pernah anda dengar iklan tv untuk produk “Beras Jadi Cap Kapal Layar” Beras pilihan anda? Ia diumpamakan betapa susah dan besarnya pengorbanan petani yang bertungkus lumus menanam, menjaga dan menuai beras sehingga menjadi nasi yang dimakan oleh seluruh lapisan masyarakat. Betapa berharganya nilaian usaha petani yang besar itu diertikan dengan perbandingan sebutir nasi itu cukup berharga dan tidak setanding pengorbanan petani… Hanya dengan sebutir nasi itu menggambarkan betapa besarnya usaha petani… Penat dan berpanas terik, berpeluh dan berselut. Bagaimana jika berbillion-billion nasi yang mereka hasilkan???Mari kita sama-sama renungkan…

Syukur dipanjatkan atas nikmat rahmatNYA saya mendapat ilham untuk terus menulis tanpa penat!… Alhamdulillah…. Hari ini saya mendapat semangat baru untuk terus menulis tanpa jemu!.. Semoga kita semua dapat memperolehi sedikit inspirasi dan motivasi dalam perkongsian penulisan saya yang masih baru dan tidak seberapa ini jika dibandingkan dengan penulis lain yang hebat-hebat belaka…

Tujuan saya sememangnya inginkan kesedaran dan keinsafan semua dalam memahami erti kehidupan dan membuka minda kita untuk mensyukuri nikmatNYA… Sebenarnya, terlalu banyak nikmat yang ALLAH S.W.T telah berikan kepada kita… Semuanya merupakan hadiah Allah buat hambanya, termasuk nikmat kesihatan, kekayaan, kebahagiaan, pelajaran, kegembiraan dan segala-galanya. Namun, kita masih tamak dan tidak mensyukuri segala nikmat yang diberikan itu… Tidakkah kita terfikir? Baiklah…. Cuba kita pejamkan mata….. cuba kita renung-renungkan Firman ALLAH dalam surah-surah dibawah yang bermaksud:

Auzubillahiminassyaitonnirrajim…

“Ya ALLAH Ya TUHAN kami, turunkanlah kepada kami makanan dari langit untuk menjadi perayaan bagi kami, bagi orang-orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami dan menjadi kekuasaanMU dan berilah rezki kepada kami kerana ALLAH sebaik-baik yang memberi rezeki.” Al-Maidah, ayat 114.

“Bumi ditetapkanNYA untuk makluk sekalian. Di atasnya ada buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak (mayang). Dan biji-biji yang mempunyai daun tangkainya (seperti padi dan sebagainya) dan haruman-haruman. Maka nikmat TUHAN manakah yang kamu dustakan?” Ar-Rahman, ayat 10-13..

“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku, sebab itu ampunilah aku… Lalu ALLAH mengampuninya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Al-Qasas, ayat 16..

Lihatlah….. ALLAH Maha BAIK kepada sesiapa sahaja!.. Betapa manusia itu tidak pernah bersyukur dan cukup atas nikmat pemberianNYA… Baru sahaja diuji dengan dugaan yang sedikit, hati sudah mengeluh, perasaan sudah tidak keruan yang akhirnya menghasilkan pelbagai persepsi negatif terhadap Allah S.W.T seperti tidak sayangkannya lagi dan sebagainya. Berlainan bagi orang yang tahu bersyukur, walau apa dugaan yang datang, dia tabah melaluinya dengan redha atas dasar ujian tahap keimanannya…

 

 

Dunia adalah diumpamakan sebagai ladang tanaman yang mana di atas ladang dunia inilah kita mencari rezeki, menabur bakti dan menambahkan amal ibadah serta mengurangkan dosa. Perlu diingatkan di sini, mengurangkan dosa… kerana apa? kerana kita adalah manusia biasa yang tidak maksum, sememangnya tidak lepas dari melakukan kesilapan. Namun, kita boleh berusaha untuk memperbaiki diri dari tidak melakukan dosa yang dilarang serta tidak membuat kerosakan atau perkara yang ditentang oleh Pencipta kita…

Firman Allah dalam surah at-Taubah 105 bermaksud: “Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya beserta orang mukmin akan menyaksikan apa yang kamu kerjakan.”.

Hadis yang sering diperdengarkan, antaranya: “Bekerjalah kamu untuk kepentingan dunia kamu seolah-olah kamu akan hidup selama-lamanya dan bekerjalah kamu untuk akhirat kamu seolah-olah kamu akan mati esok.” Sesetengah ulama menganggap hadis itu sebagai athar Umar bin al-Khattab.

Di atas bumi ini jugalah kita dipertanggungjawabkan mematuhi beberapa syarat perundangan wajib Islam iaitu termasuklah rukun Islam, rukun Iman, dan melakukan amal makruf nahi mungkar… Saling tegur menegur dan menasihati ke arah kebaikan… Sememangnya fitrah manusia sukakan kebaikan, bersih dan bebas dari pertelingkahan. Mari kita semua kembali kepada fitrah… Mencintai majlis ilmu dan saling menasihati agar kita kembali ke jalan yang diredhaiNYA… Amin…

Renung-renungkanlah, kita hidup bukanlah lama. Andai esok menyambut kita di alam kekal sana, apakah bekalan yang kita sediakan dan bawa… Adakah mencukupi? dan di dunia inilah tempat kita menanam amal dan menyebarkan kebaikan…Wallahu alam…