‘ Gedik Yang Solehah’…..

Pada hari ini, aku melihat kebanyakan muslimah yang ku kenali sangat goyah imannya. Bagaimana aku ingin menghuraikannya? Insya-Allah aku cuba. Tidak perlu melihat pada yang jauh, cukup pada mereka yang berada di sekitarku.

Fenomena ‘berubah menjadi alim’ sudah banyak berlaku. Lebih-lebih lagi aku melihat di laman sosial facebook yang beratus-ratus status dan post mengenai Islam di wall mereka. Terlalu banyak sehingga imanku tercabar. Aku hampir mendakwa mereka semua itu berlakon alim.

Maaf,  aku cuba untuk tidak berprasangka yang tidak baik kepada mereka. Selama ini aku sangat berpegang kepada husnudzon (bersangka baik) dan aku tetap dengan prasangka baik kepada mereka. Moga aku yang menulis ini dijauhkan daripada perasaan ria’ dan juga berasa sudah cukup alim.

Melihat kepada sahabat terdekat, perubahan yang amat ketara telah ku perhatikan.  Aku sangat mengenalinya. Dahulu bertudung bawal sekarang sudah bertudung labuh. Dahulu FB nya penuh dengan luahan ketidak puas hatian, sekarang dipenuhi dengan kata-kata dan juga mutiara hikmah.

Sekali lagi iman ku tercabar apabila melihat kata-kata dan mutiara hikmah lebih ke arah mencari suami dan menanti suami yang soleh. Siapa solehah dapat suami soleh. Aku tidak pandai untuk mengarang ayat. Apapun, begitulah maksud yang ku simpulkan dari kebanyakan kata-kata yang tertera di laman terkenal itu.

Aku gembira dengan perubahan drastik itu, tetapi caranya mencabar imanku. Aku tidak layak nak tahu hatinya, berubah kerana apa. Husnodzon hati berbicara. Aku berjaya mengatasi prasangka buruk. Aku harap tulisan ini dapat membetulkan niat aku dan mereka yang ingin rapat dengan Allah.

Aku tidak pernah nafikan janji Allah dalam Alquran yang bermaksud;

“Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik, dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik “
(Surah an-Nur ayat 26)

Aku juga mengalami situasi mempunyai adik-beradik yang mempunyai teman wanita. Memang niatnya untuk memperisterikan teman wanitanya, tetapi caranya membimbangkan. Dia ingin mengubah wanita itu menjadi solehah. Lalu dia meminta teman wanitanya itu memakai tudung labuh dan berjubah, dia sentiasa memberi mesej kepada teman wanitanya untuk solat di awal waktu dan juga bangun tahajud.

Apakah semua itu?

 

Di suatu sudut yang lain pula, satu comment yang terpampang di wall rakan FB ku. Ku baca dengan teliti dan ingin ku kongsikan bersama kalian.

“Sangat geli melihat ustazah-ustazah berpurdah,bertudung labuh , berjubah tapi asyik post status rindukan ‘imam’, dan yg berkaitan dengannya. Sebaiknya gunakan imej yang terbaik itu untuk sampaikan nasihat dak dakwah buat panduan muslimah seluruhnya, bimbang orang akan gelar ini adalah contoh ‘ gedik yang solehah’.”

Saat membacanya, apa yang kalian fikirkan?

Aku cuma ingin berpesan, kepada mereka yang sudah berpunya atau sedang menanti, janganlah kalian berubah mengikut nafsu inginkan imam yang soleh. Dan janganlah kamu berubah kerana taat kepada kekasih hati yang ingin melihat kamu berubah.

Kalian pernah terfikir? Apakah kesudahan jika kamu berubah bukan kerana taat kepada Allah? Jika ditinggalkan oleh imam yang selama ini didamba-dambakan, bagaimana?

Beruntunglah bagi mereka yang memperoleh imam yang benar-benar ditakdirkan oleh Allah untuk dijadikannya sebagai isteri. Tetapi bagaimana yang sebaliknya? berakhir di pertengahan jalan. Takdir Allah, memutuskannya dengan dua cara. Semasa hidup atau mati.

Aku bukan ingin mengatakan aku adalah terbaik, aku pun pernah melakukan kesilapan, aku juga bukan ahli agama. Atas asbab itulah, aku cuba sebatikan kata-kata imam Hassan al-basri dalam hidup.

“Sesungguhnya aku menasihati kamu bukanlah bermakna aku adalah yang terbaik di kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh di kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan.”

Aku menulis bukan juga aku mencemburui sahabat-sahabatku yang lain. Aku akui aku tidak pernah mempunyai teman lelaki, bermesej dengan mereka tanpa bertujuan jauh sekali. Aku mengelakkan diri daripada terjebak dengan perkara tersebut kerana aku takut akan berubah hati kepada Allah.

Aku sedar, aku juga tergolong di kalangan mereka yang mudah terpesona dengan lelaki soleh. Justeru, satu cara aku menjauhi mereka dengan tidak berpersatuan dengan mereka yang nampak soleh dan aku sesekali tidak akan mempunyai teman lelaki kecuali dia yang bernama suami. Moga dengan cara ini aku lebih dekat dan teguh iman kepada Allah.

Mungkin juga ada yang berfikir aku tidak cantik, sebab itu tiada siapa yang minat kepadaku. Apapun yang kalian fikirkan, terserah pada kalian. Sesungguhnya kecantikan ini hanya untuk seorang yang halal untukku. Tiadakan ku kongsi pada mereka yang belum tentu menjadi suamiku.

Pesan khusus untuk diriku dan sahabat-sahabat muslimah,  taatlah kepada Allah. Jangan lah ‘taat’ kepada mereka yang bukan bernama suami atau bakal suami sekalipun.Apa sahaja yang diminta oleh mereka, dengan relanya kita memberikannya.

Yakinlah, setiap yang tertutup itu lebih terindah, namun akan lebih indah lagi jika setiap yang ada pada diri itu tertutup rapat tanpa seoarang pun dapat melihatnya/membacanya.

 

Yang pernah melakukan kesilapan, aku berdoa kalian akan benar-benar berubah kerana taat kepada Allah. Aku sangat gembira jika Muslimah itu berubah kerana taat kepada Allah. Itu aku lebih utamakan.

“Dan taatlah kamu kepada ALLAH dan RasulNya, supaya kamu diberi rahmat.”
(Surah ali Imran ayat 132)

Aku harap tulisan ini dapat menjawab soalan sahabatku yang bertanya tentang keikhlasan mereka yang ingin berubah. Dahulu aku menjawab pertanyaan sahabatku dengan lisan.

“siapa kita untuk mengukur niat seseorang, insyaAllah jika benar dia tidak ikhlas Allah akan betulkan, jika sebaliknya kita yang berdosa menuduhnya.”

Aku terdiam dan menamatkan jawapan setakat itu. Aku harap inisiatif menulis coretan ini dapat menjawab persoalan sahabat-sahabat di luar sana agar Allah mengampuni dosa kita semua jika kita tersalah menduga yang tidak baik lebih-lebih lagi keikhlasan seseorang.

Hope n FOrgiVeness…..

Night time was something magical. A quiet moment of the day. Everything seemed to be still, frozen as if nothing else existed. Often it’s a time of rest for people. But some rise in the night to relish in the serenity it had. Those that do take this time to reflect on the day’s happenings. It’s at these times the person starts thinking of where he had been and look forward to what’s coming.

It’s also a time for when they recollect their memories, bad or good and reflect upon themselves. Though right now, only bitter memories came to his mind. His past sins began to surface as mental images and he thought long of them. Bringing the past to the present, he thought of how badly it has damaged his life. Always he’d think of it as punishment for his past crimes. To be plagued with guilt for the rest of his life. To never be truly happy again.

And how could he? He didn’t think he deserved happiness. The past he was supposed to let go, the sins he was supposed to leave, they were still here. Nearly every day he’d carry out these dark deeds and during the deep nights he’d wake up and lament on them. He’d mentally beat himself up, cursing at his own weakness to fight his urges. He tried blaming his surroundings, the people around him but eventually it would only lead to blaming himself. For who else can control one’s mind and body than the person itself?

Hence, he would bring himself to a very low point and then in the day he’d act as if he had moved on. But he had became very good in acting over the years. There were those who knew of his condition but none realized that his disease persisted because he was so good at hiding it.

Often he’d give hints to people of what he’s going through, maybe through behaviour and emotions, hoping that people would get curious and ask. At the same time though, he hoped they didn’t.

He was confused. What was it that he really wanted? He didn’t remember what being happy was like. It was, in a sense, a scary thought for him. And because of that, it seemed that he enjoyed being sad. Still, he yearned for the happiness that he had lost. His soul was torn. Not knowing where to go or what to do. He could hear the tormented screams and painful tears within. But none can hear them. None can ever see them. Only he could and only the Lord that made him could.

 

And that was why he woke during the nights. To let his mask of joy break. To show Him his true face. To let Him hear the piercing cries of his soul. To let Him know the fragility of his heart. To hope for and feel His embrace. To beg for His pardon and protection. All he wanted was forgiveness and a way out. He believed that there was one but he had been burdened with his own sins for so long that he even thought of giving up.

There was only a small light of hope in the darkness. He told himself, how could the light ever be closer? His sins went on and on, yet he dared to believe that he’d be able to grasp that light. Ridiculous!

But he held on to one belief and that was the Creator is All-Forgiving no matter how severe or how much your sins are. He believed in that after hearing stories of how Allah could forgive those who are more wretched than him. But he was always worried about Allah for saking him as he was still as sinful as ever.

Then, in his weakness, all he could do that night was sitting alone at his favourite spot in the room, quietly letting his bitter tears free, crying out to God Almighty, the only one who would listen to him. Hoping for forgiveness, protection and guidance.

– Artikel iluvislam.com

Dakwah Tiada ‘Option’………

Sebagai manusia yang mempunyai kelemahan dan kekurangan, adakalanya pada satu saat kita merasai diri tidak diperlukan. Walhal sebagai manusia yang beragama islam, dipenuhi dengan iman, seharusnya tidak boleh merasai demikian kerana berputus asa di dalam diri adalah sifat syaitan.

Sifat berputus asa wajar dijauhkan terutama ke atas dai’e atau pendakwah itu sendiri agar amanah menarik minat manusia ke jalan tuhan sentiasa teguh.

Hari ini, sebahagian pendakwah merasakan diri mereka disisihkan. Mengajak manusia ke jalan tuhan sudah tiada sambutan. Tetapi sebenarnya untuk menyeru manusia melakukan “amal makruf, nahi mungkar” bukanlah dengan melihat sambutan yang menggalakkan. Tetapi perlu dilihat sifat yang berterusan juga istiqamah di dalam perjuangan.

Ingatlah, buka natijah yang Allah tanyakan, tetapi Allah akan tanya adakah kita laksanakan atau tinggalkan. Justeru, sebagai seorang dai’ie perlulah mengatur beberapa strategi dalam dakwah kerana dakwah itu sendiri penuh dengan cabaran yang tersedia.

Bukankah matlamat dakwah itu mengajak dan menyeru manusia agar mengesakan Allah SWT dan mengakui bahawa Nabi Muhammad itu pesuruh Allah?  Maka, sudah pastilah ada yang menentang, buat tidak endah dan tidak kurang juga ada yang cuba mensabotaj.

Mengambil Ibrah Dari Sirah Nabi

Sebagai umat nabi Muhammad SAW, kita perlu mencontohi bagaimana dakwah yang dianjurkan oleh Nabi Muhammad SAW. Baginda berdakwah dari Mekah hingga ke Madinah membentuk manusia, untuk menjadi insan yang bertaqwa disisi Allah SWT. Bertahun-tahun lamanya Nabi Muhammad berdakwah barulah manusia pulih sepenuhnya. Membentuk umat islam yang kuat dan utuh, disamping pengabdian kepada Allah SWT.

Dakwah yang dimulakan pula bukan mengambil masa sehari atau dua hari. Bermulanya dakwah secara sembunyi, kemudian secara terangan. Tetapi pada ketika itu umat islam hebat ditentang. Akhirnya baru umat islam memperoleh kemenangan. Begitu juga pendakwah sekalian, masa untuk membentuk manusia bukannya singkat, ianya lama dan perlu mempunyai proses yang bertingkat-tingkat.

Bagaimana strategi dakwah baginda yang mula secara sembunyi, tetapi akhirnya di terangkan untuk menegakkan syiar islam. Jadi berperingkat-peringkat dalam berdakwah perlu ada, jangan tergopoh gapah dalam usaha memperbaiki manusia dan diri sendiri juga.

Kerana mengambil ibrah dari sirah nabi sendiri yang berdakwah bertahun-tahun. Menunjukkan kesabaran di dalam dakwah itu perlu tinggi, untuk pendaie’ tempuhi. Selain itu, menyusun strategi dengan mantap, memberi implikasi dalam diri untuk mengenal pasti sasaran sebenar pendakwah perlu tujui.

Dakwah Itu Seni

Seni adalah satu bentuk subjektif, sebagaimana juga dakwah. Dengan dakwah perlukah menyangka bahawa, hanya berceramah sahaja? Sememangnya tidak! Sesungguhnya, dakwah itu terlalu banyak cabangnya. Justeru, bukan hanya bercakap sahaja, dakwah juga boleh digunakan dengan pelbagai cara.

Misalnya, berdakwah dengan nyanyian, penulisan, perfileman, ataupun dengan akhlak yang baik, dan lain-lain lagi. Yang penting semuanya menjurus kita supaya kembali kepada islam. Segala apa kebaikkan yang dilakukan semuanya dikirakan dakwah, yang penting dasarnya kembali kepada islam.

Signifikannya, usahlah kita melihat dakwah itu hanya dengan skop yang kecil. Teliti dan perhalusi, dalam usaha membentuk manusia bukannya dengan berbicara sahaja, hatta dengan akhlak juga boleh mendorong orang lain tertarik dengan islam.

Islam itu hakikatnya indah, di make up lagi dengan dakwah yang kreatif dan menarik akan menampakkan lagi betapa keindahan islam itu benar-benar indah dan suci.

Da’ie Itu ‘Penyeri’

Walaupun sinonim dan kebiasaannya yang berdakwah itu di anggap ustaz/ustazah atau imam, namun hakikatnya kita semuanya adalah dai’e. Islam agama yang mengajak manusia bertuhankan satu iaitu menyeru umat manusia akan mengesakan Allah SWT dan menyakini hanyasanya Nabi Muhammad itu pesuruh Allah di bawah panji “La Ilaha Illah Muhammadar Rasulullah“. Oleh itu, seorang pendakwah perlulah membawa imej islam dengan sebaiknya bagi menjaga kebenaran dan keindahan islam.

Tanpa da’ie dakwah itu tidak beerti. Justeru, dai’e itu umpama ‘penyeri’ di dalam dakwah itu sendiri. Untuk menyantuni manusia mengajak ke jalan kebenaran. Bersikap kreatif dalam menyerikan dapat menyumbangkan idea pembentukkan sahsiah di dalam diri manusia.

Selain itu, pendakwah yang menjadi pernyeri perlu memecah tradisi, dengan melemparkan segala kejumudan yang ada, melihat dengan penuh kondisi dan sisi. Bagi mencari ruang yang ada untuk memenuhi hati manusia mengajak kembali kepada tuhan yang Maha Esa.

Jangan hanya kejumudan yang ada sehingga tidak melihat uslub (cara) dakwah yang betul, danwaqi’ (sesuai pada sesuatu keadaan, tempat dan masa) menyebabkan manusia yang mahu berjinak-jinak kembali dengan islam, ataupun yang mahu mencari kebenaran islam  memandangan serong pada sesetengah pendakwah yang syadid pada tempat yang tidak sepatutnya.

Hal ini kerana adanya kepelbagaian mad’u iaitu orang yang di dakwah, mempunyai fikrah dan latar belakang yang berbeza-beza.  Justeru, sudah tentulah pelbagai respon dan reaksi yang akan diterima oleh seorang da’ie. Telah berkata Al Marhum Hasan Al-Hudhaibi, mursyid kedua Ikhwan Muslimin, “kita adalah pendakwah bukan penghukum!”

Maka marilah kita koreksi kembali, pendakwah yang berstyle itu juga perlu ada bagi menyerikan lagi dakwah yang sediakala. Kreativiti dalam berdakwah dapat menarik minat manusia untuk kembali kepada jalan kebenaran dan menerima keindahan islam itu tanpa sedikitpun ada rasa terpaksa.

Siapa Pendakwah?

images (3)Namun sebagai umat manusia, adakalanya merasakan diri tidak layak dan belum cukup sempurna di dalam melaksanakan dakwah. Kita akan melaksanakan dakwah itu hanya apabila diri kita cukup dengan ilmu agama. Justeru, dalam kehidupan itu kita hanya membiarkan dakwah dilakukan oleh mereka yang bergelar imam, ustaz atau ustazah.

Mungkin kita terlupa dengan ayat yang berbunyi;

“Sesiapa yang mengucap tiada tuhan melainkan Allah, dan Nabi Muhammad itu persuruh Allah, dan dia adalah dai’e”

Daripada ayat ini, jelas menunjukkan setiap muslim itu adalah pendakwah, yang menyeru manusia kepada mentauhidkan Allah, menyakini Muhammad Kekasih Allah, yang mengajak manusia mengerjakan kebaikan dan menyeru meninggalkan larangan Allah SWT.

Lantaran itu, untuk berdakwah usah tunggu sempurna. Teruskan usaha, mencari ilmu dan tingkatkan iman kepada Allah SWT. Sentiasalah merasai diri ini penuh dengan noda dosa dan merasa kurang di hadapan Allah SWT. Sesungguhnya dengan hadirnya rasa kerendahan diri kepada Allah SWT akan mendorong kita untuk lebih berusaha untu memperbaiki diri seterusnya berlumba-lumba di dalam melakukan amal kebaikan.

– Artikel iluvislam.com

Don’t Despair n Never loose HoPe…..

You know at this age (sweet 30), going out from house and meeting your girlfriends becomes a hideous and (may be) an unpleasant business. Yes, we did enjoyed our early 20s and 30s – from schooldays to college, gallivanting around town, painting them red and had the best time of our lives with nothing to worry.

As we usher to the late 30s, each one of my friends seemed to vanish into the thin air. I know that they are only a phone call away, but they seemed like a million miles away when we are under one roof.

Talks about shoes and bags being truncated and immediately changed to EBM and breastfeeding. Chats about holidays and trips were replaced with tales about their toddlers and newborns. And you can bet on it, gushes about boyfriends being replaced by talks about husbands – one of other thing that I definitely DON’T have.

Don’t get me wrong, I love them girlfriends the way there are and I’m sharing their happiness too. I get it. They are happy and want to share it with me. BUT, trying to fit in would be the most difficult thing to do. You can’t expect them to hear your babble about the cute boy in your department and your work problem when they have bigger things to worry such as how they are low on their milk production, how their kids have jaundice, how they have yet to conceive etc.

Then, all of the sudden, it seemed that all our similarities gone out the window and each time I’m with them, I just zonked out and don’t know what to say. They claimed I become more quiet these days. Truth is, I just don’t know what else to say. I don’t speak their language and they stopped speaking mine. And we’re getting further and further apart. I chose to slowly get out of that community, simply because I don’t think I belong.

I figured, I’d rather find a new muse for all the free times that I have now. Alhamdulillah, I found one and it’s with Him. I decided to be a better Muslimah and I fell in love with that. I don’t feel despair anymore, I know exactly who to turn to when I’m in dire need. As for the girlfriends, we are still good. But the ‘not-fit-in’ feeling are long gone now. Allah definitely doesn’t pick sides and I’m blessed for that.

There must be a reason why Allah haven’t granted me a husband to this very day. I just have to accept them and ask for forgiveness from the Almighty. We have to do post mortem on ourselves rather than have bad judgement to Allah on why Allah doesn’t granted our prayers. First of, He is not obligated to grant them, we are His humble servant and He has all the rights to treat us the way He likes. But Allah is not cruel to us. We have to dissect, it could be the sins we have commited in the past, our relationship with our parents and others and also maybe because Allah wants us to serve our parents a bit longer.

 

And now I’m trying my best to become closer to Allah in every minute of my waking life. I’m sure my prayers will be granted one day and Allah knows what’s the best for me. Not because He doesn’t love me, simply because He loves me too much and save the best for last. I have faith in that and you ladies, should too.

So, to all my single ladies out there, quoting Maher Zain “Don’t despair and never lose hope. Cause Allah is always by your side, InsyaAllah..” He’s nearer than you can ever imagine. You just know how to find Him. InsyaAllah ..

“When God gives you a gift, it is so you are aware of divine kindness. When God deprives you, it is so you are aware of divine power” – Ibn ‘Ata’ allah RahimuAllah.

-Artikel iluvislam

Hormatilah Gurumu….

Guru adalah insan yang sangat besar jasanya kepada kita semua. Sebut sahaja perkataan guru, cikgu, mursyid dan apa jua yang sama dengannya, pasti akan terbayang difikiran seseorang yang mengajar ilmu, menunjukkan kesalahan, memberi nasihat, latihan dan panduan.

Pendek kata mereka adalah insan yang menunjukkan kita sesuatu ilmu yang membuatkan kita yang asalnya tidak tahu, menjadi tahu.  Tanpa guru siapalah kita pada hari ini. Jika kita bergelar doktor, peguam, jurutera dan saintis, itu semua adalah hasil daripada didikan guru-guru kita sejak kita tadika, sekolah dan universiti. Merekalah yang membentuk kita menjadi seperti sekarang.

Islam amat menitikberatkan adab seorang murid terhadap gurunya. Adalah menjadi suatu kewajiban bagi kita untuk hormat kepada guru meskipun mereka tidak lagi mengajar kita. Seorang guru sudah pasti mempunyai pengetahuan yang tinggi tentang sesuatu bidang sehingga mampu mengajar orang lain. Oleh sebab itulah menghormati mereka adalah dituntut oleh syarak sebagaimana firman Allah S.W.T :

“Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada “Ulil-Amri” (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu.”(An-Nisa’ :59)

Pernah diceritakan tentang Imam Syafie menghormati gurunya. Pada suatu hari, sedang beliau memberi kuliah kepada ribuan pelajar-pelajarnya, masuklah seorang badwi yang amat comot serta amat busuk sekali.

Melihat sahaja badwi itu masuk, Imam Syafie lantas berhenti daripada memberi kuliah dan mendekati badwi itu serta memeluknya dengan erat. Tergamam anak muridnya melihat perlakuan Imam Syafie itu. Selesai sahaja memberi kuliah, maka bertanyalah anak muridnya kepada Imam Syafie mengapa beliau memeluk badwi tersebut.

Imam Syafie berkata bahawa walaupun badwi itu busuk dan comot, tetapi badwi itu ialah gurunya. Sebab itu dia memeluk badwi tersebut sebagai cara menghormati guru. Makin terpegun pelajar-pelajarnya apabila diberitahu tentang badwi yang jahil itu menjadi guru Imam Syafie.

Jawab Imam Shafie ” Pada suatu hari, sedang aku menulis kitab fekah , aku mempunyai satu masalah iaitu bagaimanakan nak mengenali dan membezakan di antara anjing yang cukup umur dengan anjing yang belum cukup umur. Lalu aku fikir tentu badwi tau kerana badwi banyak memelihara anjing untuk mengawal kambing-kambing mereka.

Aku pun bertanya hal tersebut kepada badwi yang ku peluk tadi. Badwi itu menerangkan bahawa anjing yang cukup umur mengangkat sebelah kaki belakang apabila kencing, manakala anjing yang tidak cukup umur tidak mengangkat kakinya bila kencing. Dengan panduan badwi itulah, maka aku dapat menyiapkan kitabku itu” Begitulah ceritanya. Walaupun terlalu sedikit jasa badwi itu kepadanya, Imam Shafie amat menghargainya dan menghormati sehingga menggelarnya guru.

Rasulullah s.a.w bersabda:
” Tidak termasuk umatku, orang yg tidak hormat orang tua, tidak mengasihi orang muda dan tidak mengiktiraf orang alim di antara kami.” (Riwayat Ahmad)

Kebelakangan ini, pelajar kurang mengambil berat soal hormat-menghormati dengan guru. Sudah menjadi sesuatu yang biasa bagi pelajar yang melawan guru malah ada yang berani mencederakan guru yang mengajarnya ilmu. Hal ini amat bercanggah dengan adab pelajar dalam Islam. Saidina Ali juga pernah berkata, “Barang siapa yang mengajar aku walaupun satu huruf maka dia adalah tuan kepada ku.” Tuan yang dimaksudkan oleh Saidina Ali adalah gurunya.

Terdapat banyak cara menghormati guru kita. Jika ilmuan terdahulu yang terkenal dengan ketokohan ilmunya menghormati guru mereka, maka mengapa kita yang tidak menjadi tokoh dan ilmuan berani melanggar adab berguru.

Adab ulama salaf dan ilmuan terdahulu dengan guru mereka ialah Mereka merendah diri terhadap ilmu dan guru dan sentiasa menurut perintah serta nasihat guru dan sentiasa meminta pendapat serta pandangan  guru dalam setiap urusan mereka.

Mereka mentaati setiap arahan serta bimbingan guru umpama seorang pesakit yang tidak tahu apa-apa yang hanya mengikut arahan seorang doktor pakar yang mahir. Mereka juga sentiasa berkhidmat untuk guru-guru mereka dengan mengharapkan keredhaan dan balasan pahala serta kemuliaan di sisi Allah s.w.t.

Ulama terdahulu tidak pernah sama sekali menggelar guru mereka dengan nama yang buruk.Bahkan mereka juga tidak pernah memanggil guru dengan panggilan “engkau” dan “awak”.  Al-Khatib berkata: Hendaklah dia berkata “Wahai guru, apakah pendapat kamu mengenai hal ini?” dan kata-kata seumpamanya. Dan tidak menggelarkannya dengan namanya kecuali disertakan dengan gelaran-gelaran yang menunjukkan penghormatan serta takzim kepadanya. Misalnya syeikh ataupun ustaz atau syeikh kami.

Mereka tidak sekali-kali berbantah-bantah ataupun berlawan cakap dengan guru. Sesungguhnya berbantah-bantah itu secara umumnya sudah merupakan suatu perbuatan yang keji dan terlarang, apatah lagi untuk berbantah-bantah dengan guru yang merupakan pembimbing serta qudwah. Perbuatan ini akan menjauhkan mereka sebagai pelajar daripada kebaikan dan merupakan penjerumus kepada kejahatan dan ianya adalah penyebab diharamkan ke atas mereka bermacam-macam bentuk kebaikan.

Jika mereka berhajat kepada guru mereka di luar waktu mengajar sedangkan guru tersebut sedang berehat ataupun tidur, maka guru itu tidak akan diganggu. Mereka akan menunggu sehingga guru tersebut terjaga dari tidur ataupun selesai dari berehat. Ibnu ‘Abbas r.a pernah mendatangi salah seorang daripada sahabat Rasulullah s.a.w untuk bertanya kepadanya mengenai suatu hadith. Lalu dikatakan kepadanya: Dia sedang tidur. Maka duduklah Ibnu ‘Abbas di muka pintu. Lalu dikatakan kepadanya: Tidak perlukah kita mengejutkannya? Ibnu ‘Abbas pun menjawab: Jangan.

Begitulah hormatnya ulama’ dan ilmuan Islam terdahulu. Disebabkan itulah mereka menjadi tokoh besar dan dihormati pula sehingga kini kerana mereka begitu menjaga adab dengan guru masing-masing. Semoga kita semua termasuk dalam kalangan mereka yang menghormati guru. insyaAllah.

– Artikel iluvislam.com

Nikmatnya Perpisahan Insan “Bercouple”

“Aku memang sangat mencintainya. Tapi aku terpaksa clash dengan dia..”

“Kenapa pulak?”

“Sebab aku selalu ingat dia sampai aku selalu lupa Allah.”

Pergh.. terbaiklah bro! Alhamdulillah..

Beruntung siapa dapat kekasih sepertinya. Bayangkanlah.. Tentu dia sudah dapat merasai penangan cinta daripada Allah sehingga sanggup untuk berpisah dengan insan yang selalu disayanginya dengan cara yang salah.

Ya.. begitulah.. Memilih untuk berpisah kerana Allah adalah keputusan yang sangat bijak. Itulah pilihan iman sebenarnya. Apabila menyedari diri sering terjebak dengan dosa ketika ber’couple’, iman yang ada dalam diri pasti akan menegur. Sangat terbaik orang yang sanggup menerima teguran daripada iman itu.

~Cepat-cepatlah terima teguran iman di hati sebelum nafsu mengambil alih.

Sememangnya terbaik. Itulah keputusan yang membawa manfaat buat dirinya dan kekasihnya. Bercintalah. Tapi buatlah keputusan untuk tidak ber’couple’. Selepas keputusan itu dibuat, akan berkurang atau tiada lagi episod-episod berpegangan tangan, bersentuh-sentuhan, bermanja-manjaan, membuang masa bersama, tinggalkan solat bersama, dan macam-macam lagi yang tidak sepatutnya berlaku sebelum kahwin. Masing-masing terhindar daripada maksiat dan dosa.

Itu barulah ‘saling menyayangi’ namanya. Mahu berpegangan tangan hingga ke Syurga atau ke Neraka? Tiada siapa yang mahu bersama ke Neraka bukan? Namun siapa yang betul-betul mahu bersama hingga ke Syurga?

 

Kadang-kadang kita merasakan nikmat ber’couple’ itu terlalu indah. Lalu kita suka. Tapi sebenarnya itu hanya sangkaan. Mainan nafsu. Direct to the point, ber’couple’ (sebelum nikah) tidak baik untuk kita. Sebab itu Allah mengizinkan berlakunya ‘kehilangan’ atau perpisahan. Kerana ‘kehilangan’ atau perpisahan yang kita tidak suka itu sebenarnya baik untuk kita.

Allah ‘Azza Wa Jalla berfirman;

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”
(Surah al-Baqarah ayat 216)

“biarlah kita kehilangan si dia kerana Allah. Jangan kita kehilangan Allah kerana si dia.”

Sahabat-sahabat semua.. Marilah sama-sama kita renungkan… Belum tentu pasangan kita itu adalah suami kita atau isteri kita. Kita ‘bercouple’ bagai nak rak, tiap malam bergayut dengan suara manja tanpa kita menyedarinya, waktu pagi bertemu berkepit ke hulu dan ke hilir tanpa rasa bersalah, semuanya hanya keindahan yang sementara.

Jika pasangan kita itu ditaqdirkan menjadi suami atau isteri kita, keindahan yang selalu kita nikmati di fasa sebelum pernikahan semakin suram. Jika dulu hampir setiap hari bertemu, namun setelah berada di alam pernikahan pandang pun menjadi jemu. Segala keindahan alam perkahwinan yang sepatutnya dinikmati di fasa tersebut turut hambar kerana sudah pun dirasai sebelum akad termeterai. Tiada lagi kejutan mahupun ‘suprise’ yang membahagiakan kerana hampir kesemua telah kita hadam dan menjadi perkara biasa kepada kita.

Kesimpulannya, serahkan lah hati kita kepada Allah. Simpankan rasa itu semata-mata hanya untuk Allah SWT. Biarkan Allah temukan hati yang mencintai Allah itu dengan hati yang lain, yang mana hati itu juga turut mencintai Allah. Yakinlah, jika kita menghiaskan hati ini dengan cinta Allah, pasti cinta yang hadir itu sentiasa mekar dan tidak akan layu. Malah cinta itu pasti kekal sentiasa kerana sandarannya juga adalah Zat yang Maha Kekal.

 

Marilah kita hayati dan amalkan doa ini. Semoga Doa Nabi Daud A.s ini memberi kita semangat dan teguh dalam mencinta Allah SWT sepenuh hati kita melebihi cinta kepada makhlukNya.

” Ya Allah, kurniakanlah daku perasaan cinta kepada-Mu, Dan cinta kepada orang yang mengasihi-Mu, Dan apa sahaja yang membawa daku menghampiri cinta-Mu. Jadikanlah cinta-Mu itu lebih aku hargai daripada air sejuk bagi orang yang kehausan, Ya Allah, sesungguhnya aku memohon cinta-Mu, Dan cinta orang yang mencintai-Mu serta cinta yang dapat mendekatkan aku kepada cintaMu,

Ya Allah, apa sahaja yang Engkau anugerahkan kepadaku daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia kekuatan untukku mencintai apa yang Engkau cintai. Dan apa sahaja yang Engkau singkirkan daripada apa yang aku cintai, Maka jadikanlah ia keredaan untukku dalam mencintai apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah cinta-Mu sesuatu yang paling aku cintai daripada cintaku kepada keluargaku, hartaku dan air sejuk pada saat kehausan.

Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu, mencintai malaikat-Mu, Rasul-Mu dan hamba-Mu yang soleh, Ya Allah, hidupkanlah hatiku dengan cinta-Mu dan jadikanlah aku bagi-Mu seperti apa yang Engkau cintai, Ya Allah, jadikanlah aku mencintai-Mu dengan segenap cintaku dan seluruh usahaku demi keredhaan-Mu.

(Hadis riwayat At-Tarmizi, Rasulullah SAW bersabda, “Inilah doa yang biasa dipanjatkan oleh Nabi Daud a.s”

Wallahu Ta’ala A’lam

– Artikel iluvislam.com

Mana Hilangnya Pemuda Islam???

“Man, cuba kau tengok mamat tu”

“Style dohh..”

“Kau tengok apa dia pakai”

“Baju Paddini dengan seluar Levis tu kira ok lagi. Boleh consider affordable la. Tapi, yang tak boleh tahan tu, jaket Zara dengan kasut Onitsuka Tiger”

“Mau-mau, aku tengok barang kat badan dia je, dah cecah Rm 1000”

“Mahal tu !!!” Kata Amir penuh teruja

“Mahal apa ? Mahal barang ke ? Mahal orangnya ? “ Tanya man seolah-olah meminta penjelasan lanjut

“Mahal barang je kot..” Jawab Amir kembali

“Dah tu, awat kau kagum sangat? Harga diri kau lebih mahal tahu tak Mir! ”

“Mahal apanya, aku ni pakai baju cap ayam dengan selipar jamban je. Murah kot. Awek-awek tengok pun nak termuntah “

“Rugi-rugi. Kau masih tak sedar mir, bahawa harga diri kau sungguh mahal. Sangat-sangat mahal. Hendak tahu sebab apa ? “

“Sebab kau seorang pemuda mir. Pemuda !”

Harga Diri Seorang Pemuda images (4)

Jiwa yang muda, lahir dari semangat yang kental, keperwiraan yang sejagat serta keinginan yang membuak-buak. Jiwa muda juga adalah jiwa keberanian, jiwa kesatuan dan juga jiwa pengharapan. Rugilah jika anda muda pada “lahirnya” tetapi tua dari segi “semangat” dan “pemikiran”.

Dalam hal ini, Imam Hassan Al Banna telah mengariskan 4 rukun pemuda iaitu ;

1) Iman (hati yang suci)
2) Ikhlas (jiwa yg bersih)
3) Hammasah (perasaan yg kuat)
4) Amal (azam seorang pemuda)

Hebat bukan seorang pemuda itu ? Jangan diingat negara sahaja punya rukunnya yang tersendiri, pemuda juga turut sama punya rukun. Bezanya rukun pemuda adalah bercirikan aspek pembinaan individu.

Pembinaan individu yang mengambarkan pemuda sebagai seorang yang mempunyai kemampuan, tekad, keberanian dan kesabaran dalam menghadapi tentangan. Dengan adanya pemuda, segala permasalahan umat dapat diatasi, musuh dapat dihalau dan bendera kebaikkan dapat dikibarkan.

Fuhh.. Berpeluh panjang saya copy and paste risalah pemuda tulisan Hassan Al Banna ini ! Terasa berat pula pundak (bahu) mahu memikul dan menulisnya. Namun, jika ada kemahuan, semuanya pasti boleh !

Kita kan pemuda !

Hammasah Aliyah (Keinginan yang tinggi)jihadfisabilillah_200_200

Salah satu daripada rukun yang digariskan Imam Hassan Al Banna dalam risalah pemuda adalahHammasah Aliyah. Keinginan yang kuat! Sifat ini adalah berlawanan dengan Hammasah Daniyah(Keinginan yang lemah).

Kenapa hammasah (keinginan) ini dipandang penting oleh Imam Hassan Al Banna apabila menilai pemuda?

Jawabnya adalah terletak dalam diri pemuda itu sendiri. Kerana hanya pemudalah sahaja mampu mempunyai semangat seperti itu..

Begini, analogi mudah.

Seorang pemuda A, telah jatuh cinta kepada seorang wanita B. Oleh kerana cintanya yang teramat sangat kepada wanita B, dia sanggup berkunjung ke rumah wanita B itu yang terletak 60 km dari rumahnya dengan hanya menaikki basikal. (Rumah wanita itu di pedalaman. Tiada sebarang kenderaan boleh memasukinya kecuali basikal).

Lihat Hammasah Aliyah pemuda A ini  –> Dia sanggup berkunjung ke rumah wanita B itu yang terletak 60 km dari rumahnya dengan hanya menaikki basikal. (Rumah wanita itu di pedalaman. Tiada sebarang kenderaan boleh memasukinya kecuali basikal).

Berbeza pula situasinya dengan seorang lelaki yang telah berusia. Andai dia meminati seorang wanita sekalipun, dia terpaksa berfikir beberapa kali untuk menaikki basikal sejauh 60 km secara sendiri.

“Boleh ke tak boleh ni ? Aku dah tua. Badan selalu sakit-sakit ! “

“Joyah oh Joyah,maafkan abang mat aku lebih cinta diriku dari dirimu “

“Selamat tinggal Joyah ! “

Berbeza bukan? Walau pun kedua-duanya adalah lelaki, namun semangat yang tinggi itu ada pada seorang pemuda!

Hammasah Aliyah Seorang Anak Muda! 

Dua orang anak muda sedang gagah beraksi sambil berlari-lari di tengah padang pasir. Siang itu, mentari seakan didekatkan hingga sejengkal. Debu-debu pasir mendesir, ranting-ranting kayu yang basah pada malam hari menyala ditiup angin yang keras lagi panas.

Anak muda itu masih berlari. Sambil bertanyakan kepada orang ramai.

“Kamu tahu yang mana satu Abu Jahal ? “

“Tidak tahu ” Jawab seorang sahabat r.a

“Kamu tahu ? ” Tanya mereka lagi.

Tiba-tiba seorang sahabat r.a menyahut.

“Ya aku tahu wahai anak muda ! “

“Abu Jahal sedang duduk di tengah-tengah kelompokkan musyrikin itu” Jawab Saidina Abd Rahman B. Auf.

Tanpa berlengah lagi, kedua-dua orang anak muda itu menderu laju sambil menunggang kuda menuju ke arah Abu Jahal. Kedua-duanya seolah-olah sedang bersaing untuk membunuh Abu Jahal.

“Yaarghh !!!! “ Mereka berdua menyerang Abu Jahal!

Siapakah mereka berdua ini ?

Ya, mereka berdua itu adalah Mu adz bin Amr bin Jamuh (14 tahun) & Mu’awwidz bin Afra’ (13 tahun) dan kedua-duanya adalah seorang pemuda!

Dua orang sosok pemuda Anshar yang berazam untuk membunuh Abu Jahal kerana mereka mendengar bahawa Abu Jahal seringkali mencaci Rasulullah saw. Lihat betapa tingginya Hammasah Aliyah mereka ?

Terkejut ? Tiada yang mustahil jika di dalam diri itu adanya keingindan dan semangat yang tinggi. Di atas keazaman yang kuat mereka tetap berusaha untuk mencapai Abu Jahal. Muadz terus melibas betis Abu Jahal hingga putus serta merta.

Namun, apakah pengorbanannya?

 

Beliau terpaksa membayar dengan satu libasan pedang oleh Ikrimah (anak Abu Jahal yang ketika itu masih belum memeluk Islam) hingga hampir putus lengannya itu. Digambarkan di dalam sirah, lengannya itu seakan tergantung-gantung di kulitnya sahaja. Subhanallah.

Namun, adakah ia menangis? Sesekali tidak. Namun apa yang dikisahkan beliau ketika saat itu,

“Pada hari itu saya benar-benar berperang seharian penuh. Tangan saya yang hampir putus itu hanya bergelantungan di belakang. Dan ketika ia menyulitkan saya, saya pun menginjaknya dengan kaki, lalu saya menariknya hingga tangan saya terputus.”

MashaAllah, apakah ada remaja 14 tahun yang sanggup berbuat demikian? Muadz sanggup memisahkan tangan dari jasadnya agar bisa bebas mengobarkan jihad buat agama.

Bagaimana pula halnya Mu’awwidz, kata Muadz,

Lalu Mu’awwidz bin Afra melintas di hadapan Abu Jahal yang sedang luka parah. Lalu ia pun berkata ;

“Di sini, tamatlah riwayatmu wahai Abu Jahal!” Lalu ia pun menebas Abu Jahal yang sedang cedara parah itu dengan pedang.

Tamatlah sudah riwayat Abu Jahal.

Subhanallah. Bagaimana ?

Rasa seperti terkejut yang amat sangat.

Itulah kisah pemuda 13 dan 14 tahun yang jarang sekali kita dengar.

Pemuda Masa Dulu VS Pemuda Masa Kini ?

Pemuda pada masa dulu, bahkan pada masa “datuk-nenek” kita, sememangnya seorang pemuda yang sangat-sangat berdikari.Pengalaman telah mematangkan mereka lebih daripada usia. Mereka mengharungi kehidupan yang sukar menuju kejayaan yang gemilang…

Sebagai contoh, remaja pada zaman dahulu, seawal tujuh atau lapan tahun telah mula bekerja membantu keluarga. Ada yang menoreh getah, berkebun, mengembala lembu dan sebagainya. Jadi, tidak hairanlah, mereka lebih berjiwa kental dan “cepat” matang daripada usia.

Pabila disuruh bekerja, mereka mampu berdikari, pabila disuruh berperang, mereka mampu menjadi “panglima”, pabila disuruh memimpin mereka mampu menjadi pemimpin umat.

Mungkin ada segelintir daripada kita akan berfikiran skeptikal dengan membandingkan dinamika kehidupan yang sama sekali berbeza pada waktu dahulu dan sekarang.. lalu, lihatlah pemuda masa kini, mereka juga tidak kurang hebatnya..

Pemuda masa kini, mungkin sedikit manja dan tiada daya tahan pemikiran yang utuh. Saya mengakuinya, saya juga begitu. Ada yang sanggup menangis demi cinta, ada yang tidak tertahan untuk berdikari berseorangan, ada juga yang menangis tika berjauhan dengan ibu bapa. Tika susah sahaja mereka menelefon ayah dan ibu. Tika senang… buah hati sepanjang masa..

Ops ! Bukan pemuda seperti itu yang ingin saya gambarkan ! Tetapi pemuda yang saya ingin gambarkan ini adalah pemuda pencetus revolusi Islam. Ya, pemuda beginilah yang didambakan kemunculannya.

Pemuda pencetus revolusi Islam

Lihatlah kebangkitan Islam di negara-negara Arab. Satu istilah yang sangat sinonim dengan masyarakat dunia masakini

“Arab Spring” !

Siapakah pencetusnya ? Siapakah pendokongnya ?

Tidak lain tidak bukan adalah pemuda. Ya, Pemuda. Pemuda seperti kita!

Di Malaysia, pengaruh golongan muda terhadap gelombang kebangkitan Islam tidak dinafikan. Lewat tahun 80an, arus gelombang mahasiswa Islam telah mula dirasai dan semakin dirasai hingga kini.

Pemuda-pemuda yang mendapat tarbiyah khusus Ikhwanul muslimin di luar negara khususnya Mesir dan United Kingdom, telah pulang ke Malaysia dan mereka telah berusaha sedaya upaya untuk menyebarkan fikrah Islam kepada masyarakat setempat khususnya pelajar-pelajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Kesannya, masyarakat kembali cenderung kepada Islam. Satu perubahan drastik yang dibuat tidak lebih daripada usaha 20 tahun lamanya. Satu perubahan yang terinspirasi dan diinsipirasikan daripada pemuda kepada pemuda. Dan seterusnya daripada pemuda, kepada masyarakat.

 

Bangkit Dari Lamunan

Dr. Amr Khaled menceritakan dalam bukunya “Buku Pintar Akhlak” sebuah kisah yang amat menarik buat renungan kita bersama.

Pada suatu hari, ketika aku mahu menunaikan solat berjemaah di Masjid, seorang tua menghampiriku dalam keadaan menangis teresak-esak.

Aku merasa pelik lalu bertanya.

” Kenapa Pak Cik menangis?”

Jawapan yang diberikan itu membuatkan jiwa muda saya tersentuh. Jawapan itu adalah ibrah of the year saya.

“Pak Cik menangis kerana melihat anak muda seperti kamu datang ke masjid pada setiap waktu.. Alangkah baiknya jika hati pak cik tertarik pada Masjid, seusia kamu dahulu… Ruginya masa muda pak cik kelmarin… “

“Apa yang mahu pak cik jawab di hadapan Allah swt nanti !” Ujarnya lagi.

Justeru, sahabat-sahabat yang dirahmati Allah swt sekalian… Ayuh kita bangkit, bangkit dari kealpaan lalu menuju kejayaan yang gemilang. Gunakan setiap peluang dan ruang pada usia muda ini untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya..

Lihat sahajalah Imam Al Ghazali, bagaimana dia memaksimumkan potensi dirninya untuk ilmu, sehingga dia tidak sempat untuk berkahwin.. Lalu, lihat pula, Imam Hassan Al Banna, bagaimana pemikiran mudanya mampu untuk merevolusi pemikiran umat.

Mereka semua tidak perlu menunggu usia tua untuk membentuk keajaiban. Mereka juga tidak perlu umur yang panjang untuk meninggalkan kesan ke dalam sejarah peradaban manusia. Kedua-dua contoh di atas, meninggal dunia, seawal usia 40 an. Usia di mana, kehidupan seorang lelaki itu bermula menurut istilah barat. Tetapi kita orang islam, mari memulakan diri sebagai seorang lelaki pada usia ini.. ” MEN’s life start at 20′s.. atau lebih muda daripada itu”. In Shaa Allah

“Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi “
(Surah al-Baqarah ayat 30)

Semoga kitalah khalifah itu ! Semoga kitalah pemimpin itu ! Dan semoga kitalah si pembebas Al Aqsa itu!

Teringat pada satu kata-kata daripada Syeikh Raed Solah yang menghuraikan satu hadis jika yang menerangkan bahawa akan tiba satu zaman , yang menjadi pembebas al Aqsa adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai jambang seperti orang Arab ! Tetapi jambangnya nipis dan sedikit persis orang Melayu di Malaysia ataupun Indonesia!

Allahu Allah… Moga-moga kita lah itu!

– Artikel iluvislam.com