CITA-CITA:CAPAILAH SEBELUM TERLAMBAT

Agi Hidup, agi ngelaban
Selagi hidup selagi itu kita berjuang

Assalamualaikum
Post ini ditulis pada hari jumaat bertarikh 6 zul qa’dah 1436H…

Hayatilah…

Setiap individu tidak mesti tidak ada cita-cita dan matlamat tersendiri. Kerana ia memberi makna yang besar dalam kehidupan dan melorongkan jalan untuk kita berusaha.

Cita-cita berkait rapat dengan niat di hati kerana kita akan melakukan sesuatu untuk mencapai sesuatu. Nabi S.A.W. pernah bersabda : “setiap/segala amalan itu bergantung/berdasarkan kepada niat…”. Jika niat tersebut baik, maka besarlah manfaat dan ganjarannya; malah bukan sahaja untuk kehidupan dunia, akan tetapi untuk kesejahteraan hidup di akhirat.

Dalam Islam sebagaimana yang entum semua tahu, ada satu konsep yang tidak lain tidak bukan iaitu konsep khalifah. Telah dijelaskan bahawa manusia ini(kita ini)..…berada di kedudukan yang istimewa dalam alam semesta ini, kerana apa? Kerana manusia ini Allah kurniakan mereka ‘aqal untuk bezakan baik dan buruk serta mereka ini Allah uji dengan pelbagai ujian untuk mendapat kedudukan di sisi Allah S.W.T.

” Ingatlah ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: AKU akan menciptakan khalifah di atas muka bumi ini”~ Al-baqarah:31

Tugas khalifah iaitu kita sendiri ialah menerima amanah untuk mentadbir dan memakmurkan bumi Allah ini untuk kebaikan manusia lain. Maka dengan cita-citalah kita dapat merealisasikan amanah dan tujuan kita sebagai khalifah.

Jikalau kita renung kembali sejarah terdahulu, bagaimana khalifah-kahlifah zaman dahulu berjaya bukan sahaja menakluk tanah/kawasan,malah menakluk hati-hati manusia yang lain dengan satu-satu ajaran yang diterima Allah S.W.T. iaitu Islam yang syumul ini? Tepuk dada tanya iman. CITA-CITA DAN KEAZAMAN SERTA KETEGUHAN HATI.

Ikhwah akhwat yang kami hormati,
Amal islami (KAMIL) yang dianjurkan bukan semata-mata untuk pertandingan, malah untuk membentuk insan yang muttaqin yang kamil yang akhirnya mampu melahirkan generasi yang bakal menghidupkan semula konsep khalifah ini.

Di samping itu, di maahad/sekolah pelajar2 telah dilatih memimpin pelbagai organisasi bukan sahaja-sahaja untuk mengikut prosedur dan peraturan, malah untuk mendidik dan mentarbiyah pelajar-pelajar untuk menjadi contoh dan tauladan yang mampu berkhidmat bukan dalam institusi sekolah sahaja, akan tetapi untuk masyarakat, mukim, daerah, negeri, negara dan seluruh dunia. Pelbagai aspek diajarkan antaranya keilmuwan, ekonomi, pentadbiran, sosial dan pentarbiyahan.

Seterusnya, disebabkan profesion, keahlian, tugas dan tanggungjawab yang perlu dijalankan maka setiap Muslim perlu bersedia untuk membangunkan negara menurut kelebihan dan kecenderungan masing-masing. Jikalau ada yang ‘multifunction’ lagi baik.

Di sinilah setiap orang harus menjurus dan mensasarkan cita-cita dan matlamat masing-masing. Tidak mengira yang ingin ke bidang sains, perundangan, keagamaan, politik dan sebagainya. Paling penting, kita hidup bukan seorang diri, akan tetapi ramai rakan-rakan yang sama-sama akan saling melengkapi antara satu sama lain; dan barulah sebuah empayar khalifah islamiyyah mampu tetbina semula.

Cita-cita akan mudah dicapai jika seseorang itu menerapkan disiplin diri yang tinggi dan ada sikap positif.

Jika kamu punya pendapat
Maka bulatkan tekadmu,
Kerana jikalau ragu-ragu
Ia akan merosakkan fikuranmu

Sekian, Assalamualaikum

Salam ukhuwah

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah..

Setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah S.w.t kerana dengan izin-Nya jua yang menganugerahkan kepelbagaian nikmat kepada kita antaranya nikmat iman, nikmat islam, nikmat masa, nikmat ilmu, dan nikmat-nikmatNya yang lain, kita dapat membentuk sebuah lapangan dakwah buat anak-anak pelajar mitst klang khususnya yang akan dikelolakan sepenuhnya dibawah Unit Badan Dakwah sekolah iaitu BADAR. Selawat dan Salam buat Rasul junjungan kekasih Allah dan kita semua iaitu Nabi Muhammad S.A.W serta alhi keluarga dan sahabat-sahabat baginda.

Alhamdulillah..

Dengan izinNYa jua, laman maya ini dapat dibentuk pada 04 Februari 2012 pada hari sabtu tanggal 11 Rabiul Awal 1433H. Ia diwujudkan bagi menyatakan kesungguhan kita sebagai hamba Allah dalam melaksanakan urusan menyampaikan dakwah untuk membentuk sebuah generasi hebat akan datang yang bukan hanya mampu menyimpan ilmu di dada, menggali ilmu diserata dunia, akan tetapi menyampaikan apa yang diperolehi dan difahami itu disetiap lapangan yang diceburi baik di sekolah, di asrama mahupun di rumah. Mudah-mudahan laman ni dapat memberi input yang berguna dan manfaatnya kepada semua lapisan golongan. insyaAllah.